Tahun Kesedihan
Tahun Kesedihan

Tahun Kesedihan

Tahun Kesedihan atau Tahun Dukacita (Bahasa Arab: عام الحزن‎; 'Aam al-Huzn) ialah gelaran suatu tahun dalam takwim Islam yang bertepatan dengan tahun ke-10 kenabian, dan 619[1] atau 620[2] M. Ia dinamakan sedemikian kerana kedua-dua Abu Talib dan Khadijah binti Khuwailid—bapa saudara dan isteri pertama Muhammad—meninggal dunia pada tahun itu.Ar-Raheeq Al-Makhtum menyebut bahawa Abu Talib jatuh sakit dan meninggal dunia pada bulan Rejab atau Ramadan. Khadijah pula meninggal dunia selepas itu pada bulan Ramadan.[3]Dalam Nur-ul-Absar pula, pengarangnya menyebut bahawa tarikh kematian Abu Talib ialah 1 Zulkaedah selepas berakhirnya sekatan ekonomi terhadap orang Islam selama 8 bulan 21 hari.[4] Khadijah pula meninggal dunia beberapa hari kemudian. Boikot para penduduk Makkah telah memberi kesan buruk kepada kesihatan mereka berdua yang telah tua.[5]Antara cara Allah memujuk baginda ialah melalui peristiwa Israk dan Mikraj.[6]